Pada 23/1/2024 Selasa , TASKA Hospital Teluk Intan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kidfornia Teluk Intan.
Alhamdulillah , perjalanan program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih buat kesemua Ahli Jawatankuasa TASKA HTI, terutama sekali Pengerusi TASKA HTI, Dr Fadzil memberi kelulusan untuk menjalankan program ini.
Terima kasih kepada Team Unit Kenderaan , En Farouk & En Firdaus, memandu bas dan membantu dalam memastikan keselamatan kanak-kanak dan trafik dijaga dengan baik, seronok anak-anak pertama kali dapat naik bas dengan kawan-kawan.
Terima kasih kepada Team ibu bapa TASKA HTI , memberi kebenaran dan kerjasama yang baik pada kami untuk menjalankan program bersama anak-anak dan membantu memudahkan kelancaran program.
Terima kasih kepada Team Kidfornia Teluk Intan, servis dan perkhidmatan sangat baik, dari awal hingga lah akhir program. Terima kasih Ms. Kamy dan Team, tolong jaga anak-anak kami, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku sepanjang program, ruang aktiviti yang selamat, kebersihan terjamin, dan team yang ceria dan sangat membantu. Boleh repeat!
⭐⭐⭐⭐⭐
Dan tidak dilupakan, buat semua Team Pendidik TASKA HTI , Teacher Lela, Teacher Nisa, Teacher Mira , Teacher Syera, Teacher Aisyah, Teacher Nabila dan Teacher Effa dalam merealisasikan program ini dengan amat baik sekali.
ON tak ON ?!
 
FaLang translation system by Faboba