Seramai 11 petugas kesihatan Hospital Teluk Intan (HTI) telah membuka kaunter saringan kesihatan secara percuma di Program Piknik Ramadhan 2023 di Padang Speedy, Teluk Intan pada 8 April 2023. Program ini anjuran Sukarekawan Aspirasi Teluk Intan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan. Turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap program ini ialah Dr. Hjh. Noor Azira binti Haron, Timbalan Pengarah Perubatan 1 HTI. Dalam program ini juga Keluarga HTI telah dipilih sebagai Keluarga Paling Ceria semasa program berbuka puasa. Terima kasih diucapkan kepada keluarga HTI kerana telah memberikan komitmen menjayakan program ini

FaLang translation system by Faboba