• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Kerja Sosial Perubatan

KERJA SOSIAL PERUBATAN

No Telefon : 05-6298400 samb. 8779 / 8780/7102/7103

CARTA ORGANISASI (Klik)

MISI

Untuk membantu pesakit terutamanya dalam aspek psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat dan berada dalam kefungsian sosialnya serta boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaan yang di akibatkan oleh penyakit serta masalah psikososial yang di hidapinya.

VISI

Untuk  mewujudkan satu perkhidmatan kerja sosial perubatan yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan.

OBJEKTIF

  • Membantu memberi perkhidmatan psikososial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah sosial pesakit-pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif.
  • Membantu menyelesaikan masalah dan memulihkan pesakit yang menjadi klien khususnya bagi aspek psikososial agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

FUNGSI

  • Menyediakan perkhidmatan sosio-perubatan dan intervensi sosial ke atas pesakit yang dirujuk ke jabatan.
  • Memberi khidmat nasihat dan rundingcara.
  • Menguruskan bantuan kewangan dan peralatan perubatan.
  • Membuat tugas-tugas ‘liason’ dengan pelbagai agensi untuk pesakit/ keluarganya.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang berkaitan kebajikan pesakit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

TERAPI SOKONGAN

  • Kes Penderaan/ Pengabaian/ Penganiayaan kanak-kanak.
  • Penderaan/ Keganasan Rumahtangga/ Masalah Perkahwinan.
  • Ibu Tanpa Nikah/ Penjagaan Bayi.
  • Kes Cubaan Bunuh Diri.
  • Kes Orang Kurang Upaya kerana penyakit/ kemalangan (fizikal/ buta/ pekak/ bisu/ terencat akal)
  • Kebimbangan penyakit kronik.

 BANTUAN PRAKTIK

  • Masalah kewangan untuk rawatan/ pembelian peralatan perubatan/ alat tiruan/ tambang/ sara hidup/ anak-anak sekolah dan sebagainya.
  • Pemakanan khas.
  • Mengesan waris pesakit / perancangan discaj dari wad
  • Menguruskan penempatan ke institusi.
  • Pengurusan pendaftaran OKU.
  • Pengurusan bayi terdampar.
  • Khidmat nasihat permohonan anak angkat.
  • Pesakit terdampar/ diabai/ tiada sokongan keluarga
  • Laporan sosioekonomi untuk rawatan di IJN dan radioterapi
  • Lawatan ke rumah

Agensi yang dirujuk / terlibat

  1. Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (TBP)
  2. Tabung Kebajikan Pesakit Malaysia (TKPM)
  3. Majlis Kanser Nasional
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Agama Islam Negeri
  6. Polis DiRaja Malaysia
  7. Kedutaan- Kedutaan
  8. Media Massa
  9. Badan / Individu Sukarelawan
FaLang translation system by Faboba