• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengurusan Klinikal
  • Kawalan Infeksi

KAWALAN INFEKSI

No Telefon : 05-6298400 samb. 8489

CARTA ORGANISASI (Klik)

OBJEKTIF 

OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan  mutu  kawalan  infeksi di hospital.

OBJEKTIF SPESIFIK

  1. Menambahkan kesedaran terhadap kepentingan kawalan infeksi di hospital untuk semua kategori anggota perubatan.
  2. Memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap konsep kawalan infeksi.
  3. Mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh semua kategori anggota hospital di dalam mengurangkan infeksi yang didapati semasa di hospital dan seterusnya meningkatkan mutu perawatan pesakit.
  4. Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang ramai.
  5. 5.Melindungi pesakit, pelawat dan anggota hospital daripada jangkitan dengan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan standard & tambahan (Standard & additional precaution).

VISI UNIT KAWALAN INFEKSI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pelanggan dan anggota kesihatan melalui langkah-langkah pencegahan dan pengawalan infeksi, memberi nasihat dan pendidikan yang berkaitan dengan kawalan infeksi dan mengwujudkan satu persekitaran yang selamat dan bersih untuk meningkatkan taraf kesihatan .

MISI UNIT KAWALAN INFEKSI

  1. Melibatkan dan memudahkan pelanggan serta anggota kesihatan dalam prinsip pencegahan dan pengawalan infeksi nosokomial.
  2. Memberi latihan dan pendidikan kepada anggota kesihatan berkaitan dengan langkah-langkah kawalan infeksi.
  3. Mengelakkan jangkitan nosokomial dan mengurangkan tempoh rawatan di hospital serta menjimatkan perbelanjaan pesakit selain daripada mengurangkan beban kerja pasukan perubatan.
  4. Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti.

SKOP PERKHIDMATAN UNIT KAWALAN INFEKSI

  1. Kajian Surveillan (Hand Hygiene, Alert Organism, wound breakdown dan lain-lain berkaitan dengan pengawalan jangkitan).
  2. Pensiapan untuk perawatan pengasingan penyakit berjangkit (Isolation )
  3. Pengawalan jangkitan
  4. Penggunaan antibiotik dan disinfektan dengan betul
  5. Pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang awam.
  6. Memberi orientasi kepada anggota baru - Doktor, Jururawat, PPP, PPK dan Juruteknologi Makmal, Jururawat Pelatih, Pelajar Perubatan dari KKM / Swasta.
  7. Memastikan sisa klinikal diurus dengan baik.

AKTIVITI UNIT KAWALAN INFEKSI

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah merupakan langkah pencegahan kepada infeksi nosokomial.

Skop perkhidmatan termasuk survelans, audit dan latihan.

  1. Survelans dilakukan setiap hari, berdasarkan kepada keputusan ujian makmal (kultur dan sensitiviti). Mengumpul dan merekod data-data mengenai infeksi nosokomial setiap hari, membuat lawatan ke wad- wad serta mengambil tindakan seperti memastikan kepatuhan kepada polisi kawalan infeksi (Standard Precaution dan Transmission Based Precaution) di kalangan pekerja kesihatan bagi mengawal perebakan jangkitan nosokomial . Membantu dalam  pengasingan pesakit, memberi bedside education  kepada pekerja kesihatan, pesakit serta keluarga berkenaan handhygiene , kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Penekanan diberikan kepada kes-kes notifikasi organism MRSA/ ESBL Producing Klebseilla dan  Eschericia Coli serta Multiple Drugs Resistant Organisms (MDRO).
  2. Menghantar laporan kes jangkitan  MRSA  dan ESBL Producing Klebseilla dan Eschericia Coli kepada Pengarah Hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri pada setiap bulan untuk makluman dan tindakan susulan. 
  3. Mengadakan kajian Point Prevelance sebanyak 2 kali setahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Cawangan Kualiti Penjagaan Kesihatan, KKM. Untuk melancarkan aktiviti prevalence  ini,  sesi taklimat kepada semua link nurse dilakukan
  4. Mengumpul dan menganalisa data ‘surgical site infection’ dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ,surgical dan orthopedik setiap bulan..
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan Blood Stream Surveillance (BSI) untuk semua hospital di Malaysia dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober.Tempoh yang  ditetapkan ialah selama sebulan dalam bulan yang dipilih
  6. Pengumpulan data berkenaan pengamalan Handhygiene dikalangan kakitangan hospital (pelbagai kategori) melalui format yang di sediakan oleh WHO dan diperakui oleh KKM (annex 34). Laporan akan dihantar setiap 3 bulan sekali ke Jabatan Kesihatan Negeri dan dianalisa.
  7. Menjalankan Kursus Kawalan Infeksi dan memberi pendidikan tentang langkah - langkah  pencegahan dan pengawalan jangkitan silang dihospital.
  8. Memberi orientasi kepada anggota yang baru.
FaLang translation system by Faboba