• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengurusan Klinikal
  • Penyeliaan Hospital

PENYELIAAN HOSPITAL

No Telefon : 05-6298400 samb. 8406

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Menjana pasukan  sokongan perubatan yang efisien dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan  mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.secara berterusan.

MISI

Menyediakan sistem penyeliaan (clinical supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan  kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta-akta, peraturan-peraturan  dan garis panduan yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa
  • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota disesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan
  • Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan

PIAGAM PELANGGAN

  • Melakukan lawatan penyeliaan (clinical supervision) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi setiap jabatan.
  • Mengadakan mesyuarat, dialog atau CME bagi Penolong Pegawai.Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
  • Memperbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran Penolong Pegawai Perubatan (APC) sebelum 30 haribulan September setiap tahun.
  • Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/unit yang berkaitan di Hospital Teluk Intan secara profesional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda utama.

SKOP PERKHIDMATAN

Pengurusan sumber manusia

  • Urusan keperluan anggota / permohonan perjawatan baru (ABM)
  • Urusan penempatan anggota
  • Urusan pengagihan anggota
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota.

Pentadbiran

  • Ketua Penyelia Hospital akan mengadakan mesyuarat Teknikal PPP peringkat Hospital sekurang-kurangnya 1 kali sebulan dengan semua penyelia bagi membincangkan segala keperluan dan penambahbaikkan perkhidmatan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan yang diarahkan.

Penyeliaan klinikal

  • Pematuhan ’Standard Operating Procedure’ (SOP yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti).
  • Memastikan Audit Klinikal Penolong Pegawai Perubatan terhadap prosedur yang telah ditetapkan dilakukan
  • Memastikan Preceptor Tempatan bagi basic student of PPP dan Pos Basik dilakukan dengan sempurna
  • Program Mentor Mentee terhadap anggota dibawah jagaan dilakukan berterusan
  • Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.
  • Mematuhi prosidur kawalan jangkitan.

Pematuhan akta dan peraturan

  • Memastikan akta-akta (akta 180 Pembantu Perubatan dan Peraturan 1979 serta Akta Perubatan 1971), bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
  • Mematuhi Kod Etika Pembantu Perubatan.
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikuti senarai tugas yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
  • Menyelaras dan mengurus keperluan Akta perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak Lembaga/Kementerian Kesihatan. (Contoh Pembaharuan APC – ’Annual Practising Certificates’ bagi Penolong Pegawai Perubatan.

Pengurusan latihan

  • Orientasi anggota baru
  • Merancang latihan bagi anggota
  • Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota
  • Menyediakan laporan latihan di hadiri oleh anggota
  • Mengurus buku log latihan dan buku CPD anggota

Tugas atas panggilan

  • Penolong Pegawai Perubatan U32/U36 bertugas atas panggilan bagi melakukan rondaan penyeliaan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan pada bila-bila masa diperlukan seperti jika berlaku kecemasan/bencana dan lain lain lagi.
  • Penyelia Penolong Pegawai Perubatan U32/U36 menjalankan pemantauan penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan selepas waktu pejabat bagi lokasi tertentu iaitu Jabatan Kecemasan, Pre Hospital Care, Wad Psikiatri, Unit Hemodialisis dan Unit Forensik dan wad sekali seminggu

Pengurusan Bencana

  • Ahli Jawatankuasa Induk Bencana
  • Ahli Jawatankuasa Induk Keselamatan Kebakaran

PETUNJUK PRESTASI UTAMA

  1. Percentage of Ambulance preparedness and dispatch for primary response within or less then 5 minutes
  2. Percentage of inappropriate triaging (Under Triaging): Category Green patients who should have been triaged as category Red
FaLang translation system by Faboba