![]() |
Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah terletak di Jalan Koo Chong Kong, Ipoh, merupakan Ibu Pejabat untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Perak. Semua pentadbiran dan aktiviti peringkat negeri adalah diuruskan oleh Pejabat ini. Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Perak diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan mempunyai enam (6) bahagian terdiri dari Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan, Bahagian Pergigian, Bahagian Farmasi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian Pengurusan. Bahagian-bahagian tersebut diterajui oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri. Di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perak terdapat 15 hospital, 11 Pejabat Kesihatan Daerah, 89 Klinik Kesihatan, 244 Klinik Desa, 19 Klinik Komuniti, 9 Klinik Ibu dan Anak, 10 Pejabat Pergigian Daerah dan 86 Klinik Pergigian. |
|