Profil Bahagian |
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dinaungi dan diselia oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) [TPKN(F)] dan bertanggung-jawab terhadap Pengarah Kesihatan Negeri dalam pengendalian fungsi dan aktiviti tiga sub-aktiviti utama iaitu:
Selaras dengan penstrukturan semula sub aktiviti ini, skop perkhidmatan farmasi telah berkembang daripada aktiviti perolehan dan pembekalan kepada aktiviti penjagaan farmaseutikal yang lebih komprehensif serta pendidikan mengenai penggunaan ubat yang betul. Di samping itu, Program Farmasi yang dilaksanakan juga bertanggungjawab untuk memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang serta digunakan secara rasional. |
Carta Organisasi |
||
01 Cawangan Pengurusan Farmasi |
Program Farmasi adalah salah satu dari 5 program utama Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Aktiviti di bawah program ini adalah luas yang juga melibatkan aspek pengurusan yang melibatkan semua hospital-hospital dan fasiliti kesihatan awam di seluruh Negeri Perak. Ini termasuklah pentadbiran, penjawatan dan latihan. Selain daripada itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga terlibat secara terus dengan pengurusan aktiviti Farmasi dengan Ibu Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Bagi pengurusan penjawatan, terdapat tiga (3) kategori jawatan utama yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi:
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perak akan menguruskan pertambahan jawatan. Pertambahan jawatan dapat membantu proses pemurnian penjawatan dan memenuhi keperluan sumber manusia di semua fasiliti termasuk Klinik 1 Malaysia. Walaubagaimanapun pertambahan jawatan ini sangat diperlukan dari masa ke masa selaras dengan pertambahan perkhidmatan, fasiliti dan beban kerja. Selain itu, pertambahan ini juga diperlukan untuk menampung penjawatan yang diisi oleh Pegawai Farmasi Pelatih. |
|||
02 Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
|
Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi (A&P) bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan perkhidmatan farmasi di negeri Perak agar setanding dengan kemajuan perkembangan farmasi seluruh Malaysia. Menyedari kepentingan penggunaan ubat secara berkualiti, konsep penjagaan farmaseutikal di mana peningkatan kualiti kehidupan pesakit adalah menjadi keutamaan. Cawangan A&P dibahagikan kepada 5 seksyen iaitu:
Fungsi utama Cawangan A&P adalah untuk memastikan :
|
|||
(1) Seksyen Farmasi Ambulatori |
Seksyen Farmasi Ambulatori berperanan dalam menyelia perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang tepat, betul, efektif, selamat dalam masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi. Ianya termasuk penyaringan preskripsi, membuat intervensi terhadap sebarang masalah preskripsi dengan preskriber bila perlu, pengisian ubat yang betul, semak silang ubat dan pendispensan. Selain itu, ia termasuk memberikan maklumat berkaitan ubat melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan penjaga untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dalam meningkatkan kualiti penggunaan. Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service, VAS) Kini, pesakit mempunyai pelbagai pilihan bagi memudahkan pengambilan ubat susulan mereka pada setiap bulan melalui Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi seperti berikut: i. Ubat Melalui Pos (UMP) Perkhidmatan UMP adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia. Bekalan ubat akan dihantar sampai ke rumah atau tempat yang diingini dengan caj kiriman PosLaju yang telah ditetapkan bergantung kepada berat bungkusan dan jarak penghantaran. ii. Farmasi Pandu Lalu Pesakit tidak perlu mencari tempat parkir dan hanya perlu pandu ke lokasi yang ditetapkan untuk pengambilan ubat. iii. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) Pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan di mana-mana hospital dan klinik kesihatan KKM selain daripada fasiliti asal yang menerima rawatan. iv. Locker4u Pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan di loker yang ditetapkan ikut masa kesesuaian diri sepanjang waktu operasi fasiliti. v. Sistem Temujanji Melalui sistem temujanji, bekalan ubat pesakit dapat disediakan lebih awal dari tarikh temujanji pengambilan ubat yang telah dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi. Walaupun pesakit masih perlu datang ke kaunter farmasi untuk ambil ubat, tetapi masa menuggu pengambilan ubat telah dipendekkan. Nota: Jenis-jenis perkhidmatan tambah nilai Farmasi yang ditawarkan adalah bergantung kepada kesesuaian fasiliti. Pesakit perlu berdaftar dengan fasiliti rawatan dahulu untuk memulakan perkhidmatan tambah nilai Farmasi yang diingini. |
|||
(2) Seksyen Farmasi Pesakit Dalam |
Seksyen Farmasi Pesakit Dalam bertanggungjawab dalam menyelia, mengurus dan memantau pelaksanaan perkhidmatan Farmasi di fasiliti hospital di negeri Perak melibatkan pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan yang diperlukan oleh aktiviti unit-unit termasuklah aktiviti utama iaitu pembekalan ubatan kepada pesakit di wad serta stok-stok ubatan untuk kegunaan wad sendiri. Aktiviti pemantauan yang dilaksanakan melibatkan aktiviti-aktiviti unit Farmasi Pesakit Dalam seperti:
i. Patient’s Own Medicines: Merupakan program yang dilaksanakan untuk memantau pembekalan ubatan kepada pesakit di wad di mana ubat-ubat pesakit yang digunapakai di rumah akan disemak dan dipastikan pembekalan nya kepada pesakit. Dilaksanakan dengan kerjasama anggota kesihatan di wad bersama anggota farmasi. Antara faedah pelaksanaan program ini adalah dapat memastikan regimen ubat pesakit tidak ketinggalan, ubatan pesakit dapat disemak dan disesuaikan dengan keperluan klinikal semasa pesakit, mengelakkan pesakit mengambil ubatan yang tidak perlu dan mengurangkan pembaziran ubatan. ii. Pembekalan ubatan kepada pesakit dan unit wad serta lain-lain: Pembekalan ini melibatkan dua jenis sistem pembekalan ubatan iatu Unit Dose (UDS) serta Unit of Use (UoU). iii. Pembekalan ubatan kepada pesakit yang di-discaj daripada wad: Unit farmasi turut mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan pembekalan ubat terus kepada pesakit di katil wad tanpa memerlukan pesakit hadir ke farmasi bagi mengambil ubat discaj. iv. Perkhidmatan kaunseling terus kepada pesakit di wad: Aktiviti ini dilakukan secara terus kepada pesakit di wad tanpa perlu pesakit hadir ke unit farmasi. Aktiviti ini membantu anggota farmasi dalam mengenalpasti sebarang isu berkaitan pengambilan ubatan oleh pesakit dan ia dapat membantu anggota farmasi dalam menerangkan secara terperinci berkaitan pengambilan ubatan oleh pesakit. Pemahaman pesakit dalam pengambilan ubat dapat meningkat pematuhan pesakit seterusnya meningkatkan tahap kesihatan pesakit. v. Aktiviti-aktiviti formulasi ubat-ubatan: Di antara jenis formulasi yang disediakan adalah sediaan bukan steril dan pembungkusan semua ubat-ubatan. vi. Pharmacy Information System (PhIS & CPS) : Selain itu, Seksyen Farmasi Pesakit Dalam juga bertanggungjawab dalam mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan serta penggunaan Pharmacy Information System (PhIS & CPS) di semua fasiliti di negeri Perak merangkumi hospital dan klinik kesihatan. Sistem ini adalah sistem berkomputer yang mengendalikan aktiviti inventori, pembekalan ubatan serta pelbagai aktiviti klinikal seperti kaunseling, pembancuhan ubatan, rekod-rekod klinikal dan lain-lain yang dilaksanakan oleh semua unit-unit Farmasi di fasiliti kesihatan. Sistem ini membolehkan pelaksanaan aktiviti Farmasi secara dalam talian dan membolehkan sistem fasiliti berhubung dengan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lain seluruh negara yang turut menggunakan sistem yang sama. |
|||
(3) Seksyen Farmasi Klinikal
|
Aktiviti farmasi klinikal di hospital dan klinik kesihatan boleh dikategorikan kepada beberapa aktiviti utama seperti yang berikut : i. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004. Sehingga tahun 2014, perkhidmatan ini disediakan di semua 15 hospital dan 28 klinik di negeri Perak. ii. Perkhidmatan Farmasi Wad Perkhidmatan Farmasi Wad disediakan di semua hospital di negeri Perak. Bagi tahun 2014, perkhidmatan Farmasi Wad telah disediakan bagi disiplin Wad Perubatan (Am, Kardiologi, Nefrologi, Hematologi, Multidisiplin), Rawatan Rapi, Pediatrik, Pembedahan, Ortopedik, Psikiatri dan Kecemasan. Bagi perkhidmatan ini, Pegawai Farmasi klinikal ditempatkan di wad-wad hospital di mana mereka terlibat dalam ward round bersama-sama pasukan perubatan yang lain. Selain itu, pegawai farmasi klinikal juga terlibat dalam rekonsiliasi ubat- ubatan pesakit semasa kemasukan ke dalam wad menggunakan borang CP1, yang juga merupakan Key Perfomance Index (KPI) Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. iii. Perkhidmatan Maklumat Ubat (Drug Information Services) Pelaporan Adverse Drug Reactions (ADR)/ Adverse Event Following Immunization (AEFI) adalah di antara perkhidmatan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Maklumat Ubat di hospital dan klinik-klinik kesihatan. Adverse Drug Reactions (ADR) adalah kesan advers ubat yang tidak diingini yang berlaku pada dos yang biasa digunakan. Adverse Event Following Immunization (AEFI) pula merujuk kepada kesan advers yang dialami setelah pelalian diberikan yang tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pengambilan vaksin. Perkhidmatan ini adalah penting bagi memantau keselamatan penggunaan ubat- ubatan di Malaysia. Hasil daripada analisa pelaporan dapat mengesan isyarat keselamatan penggunaan ubat dan membolehkan tindakan regulatori diambil seperti:
iv. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal Perkhidmatan farmakokinetik klinikal menyediakan perkhidmatan pemonitoran ubat terapeutik yang melibatkan ujian paras ubat di dalam darah. v. Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Perkhidmatan nutrisi parenteral adalah di antara perkhidmatan penyediaan sediaan steril yang disediakan di hospital berpakar tertentu di negeri Perak. Ia memberikan perkhidmatan penyediaan nutrisi parenteral dan admikstura intravena bagi pesakit-pesakit di wad. Selain itu, kerjasama dengan profesional kesihatan lain juga dilakukan dalam memberikan regimen sokongan nutrisi terbaik kepada pesakit. vi. Perkhidmatan Farmasi Onkologi Perkhidmatan farmasi onkologi adalah satu lagi perkhidmatan penyediaan sediaan steril yang disediakan di hospital berpakar tertentu di negeri Perak. Ia memberikan perkhidmatan penyediaan larutan ubat-ubatan sitotoksik untuk pesakit kanser. vii. Perkhidmatan Home Medication Review Home Medication Review (HMR) merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan sejak tahun 2012 di mana pasukan HMR yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, pegawai farmasi, jururawat dan pemandu kenderaan akan melawat rumah pesakit bagi memastikan penggunaan ubat di rumah adalah berkualiti. Penggunaan ubat secara berkualiti mampu mengawal penyakit kronik pesakit dan menambah baik kualiti kehidupan seharian pesakit. Sehingga kini, perkhidmatan HMR bertumpu kepada dua golongan pesakit; pesakit Psikiatrik dan pesakit Geriatrik (golongan emas yang menghidap penyakit kronik seperti Hipertensi, Diabetes Mellitus dan Hiperkolesterolemia) viii. Perkhidmatan Penggunaan Antibiotik Secara Rasional Perkhidmatan ini dimulakan seawal tahun 2014 bagi membendung masalah kerintangan antibiotik yang kian menjadi akibat penggunaan antibiotik yang tidak rasional. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan program Antimicrobial Stewardship (AMS). Program ini adalah bertujuan untuk mengawal pengunaan antibiotik di kalangan pegawai perubatan dan memastikan pemilihan antibiotik adalah mengikut garis panduan National Antibiotic Guidelines (NAG) yang sedia ada. Setiap hospital dan klinik kesihatan perlu menubuhkan pasukan AMS yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Jururawat dan Pegawai Mikrobiologi yang mempunyai peranan masing- masing dalam membendung masalah kerintangan antibiotik yang kini menjadi isu global. |
|||
(4) Seksyen Pengurusan Farmasi Logistik |
Seksyen Pengurusan Farmasi Logistik bertanggungjawab bagi merancang keperluan peruntukan negeri bagi ubat-ubatan, bukan ubat , vaksin, gas perubatan dan reagen bagi kegunaan hospital dan klinik kesihatan KKM .Aktiviti yang dibuat adalah menguruskan agihan peruntukan bagi ubat-ubatan, bukan ubat , vaksin, gas perubatan dan reagen untuk hospital dan klinik kesihatan KKM dan memantau perbelanjaan Selain itu , seksyen ini bertanggungjawab memantau prestasi perkhidmatan bekalan ubat yang diperolehi sama ada secara konsesi atau kontrak pusat KKM dan menyalurkan maklumat kepada pihak KKM dari segi bekalan dan penghantaran, kualiti produk, invois dan pembayaran dan juga panggil balik produk. Antara aktiviti lain adalah memantau prestasi simpanan stok ubat-ubatan dan bukan ubat di semua stor fasiliti KKM bagi memastikan perbelanjaan diuruskan dengan cekap dan simpanan stok sentiasa berada di tahap optimum. Aktiviti bagi menambahbaik kualiti Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF) dilaksanakan di peringkat negeri. |
|||
(5) Seksyen Penggunaan Ubat Berkualiti |
Seksyen ini berperanan dalam :
|