Profil Bahagian

 

Pengenalan

Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat negeri, daerah,  pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan.  Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

  • Memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih   dan selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;
  • Memastikan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah: 
    • Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan;
    • Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan; dan dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
 

Carta Organisasi

Sekolah Latihan Pengendali Makanan

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

"Bersih, Selamat Dan Sihat" (BeSS)

Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas

Borang Permohonan

Operasi Yang Dijalankan
   
  • Memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara pengimport dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 bagi eksport ikan dan keluaran ikan ke pasaran EU; dan
  • Memastikan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  • Memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat mengenai aspek keselamatan makanan dan kebersihan makanan.
Tanggungjawab ini dijalankan berdasarkan polisi kerajaan, arahan daripada pihak kementerian, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan  Makanan 1985, Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2009, Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat. 
     
Senarai Perkhidmatan  

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri Perak terdiri daripada Cawangan Pensijilan, Cawangan Pelesenan dan Perkhidmatan Makanan, Cawangan Eksport, Cawangan Promosi, Kepenggunaan dan Surveilan, Cawangan Penguatkuasaan dan Import Makanan serta Cawangan Pengurusan.  Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

i. Khidmat nasihat

  • Pensijilan HACCP, GMP, MeSTI, TMC, My Food Tag dan Autentik
  • Pengiktirafan BeSS
  • Penyenaraian Home-based Food
  • Pelesenan Air (Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus), Ais dan Mesin Jual Air
  • Keperluan Pengeksportan dan Pengimportan Makanan 
  • Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas
  • Program Latihan Pengendali Makanan

ii. Pengeluaran sijil bagi tujuan pengeksportan makanan

  • Sijil Kesihatan EU (Kesatuan Eropah) 
  • Sijil Kesihatan Makanan 
  • Sijil Penjualan Bebas

iii. Menerima aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan 

iv. Pendaftaran premis makanan (FoSIM)

Image

WAKTU OPERASI

7.30 pagi - 5.30 petang

 

 

PAPARAN WEB
dengan resolusi 1328 x 768
JUMLAH PELAWAT

Hari Ini : 444

Bulan Ini : 7480

Keseluruhan : 46826

KEMASKINI
Isnin, 20 Mac 2023 @ 07:20 am

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kesihatan Negeri Perak

 
Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran JKNP
Maklumat Am
Lain-Lain
Seksyen Swasta
Tender dan Sebutharga
Seksyen Warga JKN Perak
Aplikasi Kerajaan
Sistem Intranet
Lain-lain
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
15
Hospital

12
Pejabat Kesihatan Daerah
10
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah
1
Makmal Kesihatan Awam
88
Klinik Kesihatan
204
Fasiliti Pergigian
230
Klinik Desa
19
Klinik Komuniti
9
Klinik Ibu & Anak
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini