Profil Bahagian |
Pengenalan Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP), Jabatan Kesihatan Negeri Perak diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Bahagian ini mempunyai tiga seksyen utama dalam perkhidmatan kesihatan pergigian iaitu:
Merangkumi unit pembangunan dan perkembangan fasiliti & kaji selidik, serta unit perkembangan profesion, teknologi & pengurusan maklumat kesihatan. |
Carta Organisasi Senarai Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah |
||
Merangkumi unit penjagaan kesihatan pergigian primer dan kepakaran serta unit pergigian masyarakat dan promosi kesihatan pergigian.
Merangkumi unit amalan kesihatan pergigian professional dan auksilari, unit kualiti kesihatan pergigian dan unit penguatkuasaan kesihatan pergigian. Bahagian ini juga dikendalikan oleh Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian yang merupakan unit sokongan dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan. Pengurusan Pentadbiran: Menyediakan surat menyurat rasmi bahagian, data pergerakan anggota dan hal-hal berkaitan sumber manusia. Pengurusan Kewangan: Menyediakan data perbelanjaan mengurus aktiviti kesihatan pergigian dan nota minta untuk kelulusan TPKN (G) dan Pengarah Kesihatan, menguruskan tuntutan perjalanan anggota pergigian serta elaun-elaun berkaitan serta menyelaraskan pinjaman kewangan anggota. Terdapat 10 buah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) yang diketuai oleh Pegawai Pergigian Daerah untuk menguruskan pentadbiran di daerah. |
||||
Objektif Bahagian |
Meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di Negeri Perak Darul Ridzuan kepada tahap yang optima melalui penyampaian perkhidmatan penggalakan (promosi), pencegahan, perawatan dan pemulihan melibatkan fasiliti primer dan kepakaran. |
|||
Senarai Perkhidmatan |
Memberi perkhidmatan pergigian asas (Primer) kepada semua lapisan masyarakat termasuk:
Bagi kes kompleks yang memerlukan rawatan lanjut, pesakit akan dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian bagi khidmat perundingan dan rawatan klinikal. Antara bidang kepakaran yang terdapat di negeri Perak ialah:
Selain itu, perkhidmatan kesihatan pergigian juga meliputi dan rawatan pencegahan klinikal bagi meningkatkan taraf kesihatan mulut individu dan masyarakat. |

|
|
|
|
||||||||||||||
Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kesihatan Negeri Perak |