Profil Bahagian

 

Objektif Bahagian Pengurusan adalah untuk memastikan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mempunyai struktur organisasi yang sesuai, keanggotaan yang optimum, produktif serta berkualiti, sumber-sumber tenaga yang terlatih, peruntukan kewangan mengurus dan pembangunan yang mencukupi dan perkhidmatan bantuan sokongan dalam melaksanakan dasar-dasar, aktiviti-aktiviti dengan berkesan dan cekap sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui pengurusan sumber-sumber tenaga manusia, latihan, kewangan, pembangunan fasiliti-fsiliti kesihatan serta perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan, taraf dan kualiti kesihatan rakyat di negeri Perak dapat dipertingkatkan selaras dengan misi kesihatan negara untuk mewujudkan penglibatan dan penyertaan seluruh masyarakat dalam program kesihatan. Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN Perak), diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan).

 


Carta Organisasi
 

01

Unit Sumber Manusia

 

Pengenalan

Unit Sumber Manusia diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Sumber Manusia terdiri daripada sub unit berikut :

  • Perkhidmatan
  • Perjawatan
  • HRMIS
  • Latihan
  • Tatatertib
 

02

Unit Pentadbiran

 

Pengenalan

Unit Pentadbiran diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Pentadbiran terdiri daripada sub unit berikut :

  • Pengurusan Majlis
  • Pengurusan Surat Menyurat Dan Fail
  • Pengurusan Aset Jabatan
  • Pengurusan Kenderaan/Keselamatan Dan Kebersihan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Pengurusan Mesyuarat
2. Pengurusan Majlis dan Taklimat
3. Perkhidmatan Kenderaan
4. Pengurusan Aduan Awam
 
  • Aduan awam terhadap anggota/Jabatan JKN Perak diterima melalui surat khabar, peti aduan, surat, telefon, internet dan lain-lain.
5. Pengurusan Aduan Kerosakan/Penggunaan Utiliti
6. Pengurusan Kad Pengenalan Jabatan/Pas Keselamatan/Pas Kenderaan
7. Pengurusan Permohonan Kebenaran Keluar Negara
 

03

Unit Kewangan

 

Pengenalan

Unit Kewangan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Kewangan terdiri daripada sub unit berikut :

  • Belanjawan & Akaun
  • Kewangan Am
  • Hasil/Perolehan & Penswastaan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  1. Waran Peruntukan akan diproses dalam masa 7 hari dari tarikh diterima.
  2. Kemasukan urusniaga ke dalam Buku Vot akan diproses dalam masa 2 hari dari tarikh penerimaan baucar/penyata pemungut dan dokumen kewangan yang lain.
  3. Laporan bulanan kewangan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) akan disiapkan tidak lewat dari 10hb bulan berikutnya.
  4. Pembayaran melalui Panjar Wang Runcit diproses dalam masa 3 hari.
  5. Permohonan kelulusan tuntutan pindah rumah ke rumah Pinjaman Kerajaan diproses dan dipanjangkan ke Kementerian Kesihatan untuk kelulusan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  6. Permohonan kelulusan pemasangan telefon/sewaan bangunan/pinjaman kenderaan/skim pembiayaan komputer/pendahuluan diri ke Kementerian Kesihatan untuk kelulusan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  7. Pengeluaran Waran Perjalanan Udara dan Waran Perjalanan Keretapi disempurnakan dalam masa 3 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.
  8. Semua bayaran (semua modul) dan jurnal akan diuruskan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan teratur.
  9. Penyediaan borang perubahan gaji SG20 akan dilaksanakan dalam masa 1 hari dari tarikh penerimaan dokumen (Sijil Gaji Akhir, Laporan Perubahan Gaji dll.) yang lengkap dan teratur.
  10. Resit Rasmi (Kew.38) akan dikeluarkan pada hari yang sama pungutan dibuat.
  11. Akaun/Penyata Kutipan Hasil akan disiapkan tidak lewat dari 10hb. bulan berikutnya.
  12. Pertanyaan Audit akan dijawab dalam masa 30 hari dari tarikh diterima.
  13. Perolehan secara Tender akan dihantar ke Kementerian Kesihatan selewat-lewatnya 9 bulan dari tarikh tamat kontrak.
  14. Perolehan secara Sebutharga akan diproses dalam masa 30 hari bekerja.
  15. Pesanan Tempatan akan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh Borang Permohonan Pengleuaran Pesanan Tempatan diterima.
  16. Semua surat-menyurat akan dijawab dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh diterima.
 

04

Unit Pembangunan

 

Pengenalan

Unit Pembangunan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Mengikut senarai perjawatan yang diluluskan, unit ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dibantu oleh seorang Penolong Pengarah dan 12 anggota yang lain.

Objektif

Melaksanakan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meninggikan mutu perkhidmatan kesihatan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan kesihatan di bandar dan luar bandar di Negeri Perak.

Fungsi

Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan serta pengurusan pentadbiran pembangunan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam menyediakan laporan, peruntukan pembangunan, pengurusan aset-aset Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk tanah-tanah dan kemudahan kesihatan.

Bidang Tugas

  1. Mengumpul maklumat, merancang, menyusun dan menyediakan senarai lengkap projek-projek yang hendak dicadangkan bagi setiap penggal Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  2. Menguruskan peruntukan projek pembangunan setiap program kesihatan negeri, pembelian peralatan dan kenderaan dan lain-lain kelengkapan bagi setiap projek.
  3. Mendapatkan maklumat untuk tujuan perancangan projek dari sumber-sumber luar seperti wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan Kerajaan.
  4. Memantau perjalanan dan kemajuan projek-projek sedang dalam pembinaan serta mengendalikan segala urusan pengambilan alih projek yang telah siap.
  5. Mengendalikan urusan pengambilan tanah untuk tapak projek kesihatan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan.
  6. Mengumpul dan menyimpan segala maklumat harta alih dan tidak alih Kementerian Kesihatan serta pengemaskinian data maklumat projek-projek sedang dalam pelaksanaan dari semasa ke semasa.
 

05

Unit Perolehan

 

Pengenalan

Unit Perolehan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. 

Fungsi

Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan pembekalan dan perkhidmatan bagi  Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Memastikan pengurusan perolehan dilaksanakan secara cekap, berhemah dan berintegriti mengikut tatacara dan arahan pekeliling perbendaharaan terkini yang berkuatkuasa.

Bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan perolehan di Jabatan dengan:                
•    Menguruskan Perolehan Secara Pembelian Terus (Bekalan/Perkhidmatan)
•    Menguruskan Perolehan Secara Sebutharga (Bekalan/Perkhidmatan) 
•    Menguruskan Perolehan Secara Tender (Bekalan/Perkhidmatan)

 

06

Unit Pengurusan Aset dan Stor

 

Pengenalan

Unit Pengurusan Aset & Stor diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. 

Fungsi

Kapasiti tugasan unit ialah seperti berikut:

  • Penerimaan Aset/ Penerimaan Stok
  • Pendaftaran Aset / Merekod Stok
  • Pendaftaran Aset / Merekod Stok Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset / Penyimpanan, Pengeluaran dan Verifikasi Stok
  • Penyelenggaraan Aset / Keselamatan dan Kebersihan Stor
  • Pindahan Aset / Pindahan Stok
  • Kehilangan dan Hapus Kira Aset / Stok
  • Pelupusan Aset/ Pelupusan Stok
  • Kelulusan Hadiah
 

07

Unit Psikologi & Kaunseling 

 

Pengenalan

Unit Psikologi diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Psikologi menjalankan enam (6) fungsi utama seperti berikut :

1.

Program Pembangunan Dan Perkembangan Sahsiah

  • Proses Program Pembangunan & Perkembangan Sahsiah (CPD)
  • Menganjurkan Kursus/Bengkel/Seminar
2. Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah Dan Bermasalah
  • Mengendalikan Kursus
  • Mengenalpasti Individu Yang Perlu Hadir Ke Sesi Kaunseling
3. Perkhidmatan Sesi Kaunseling
  • Sesi Kaunseling Individu
  • Sesi Kaunseling Kelompok
4. Ujian Psikometri
  • Proses Pentadbiran Dan Taksiran Ujian Psikometri
5. Perkhidmatan Khidmat Rundingan
  • Program Pendidikan Psikososial
6. Program Rawatan Dan Rehabilitasi
  • Proses Program Rawatan Dan Rehabilitasi
 

08

Unit Pengurusan Maklumat

 

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat (UPM) diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Fungsi

1. Sub Unit Pengurusan - Operasi pentadbiran dan kewangan:

  • Memantau dan menyelia pengurusan aset ICT.
  • Menyelia dan memantau peruntukan kewangan berdasarkan peruntukan dan permohonan.
  • Menyelia pengurusan dan pengendalian mesyuarat Unit Pengurusan Maklumat.
  • Merancang dan mengurus email rasmi jabatan (MyGovUC).
  • Merancang, mengurus program latihan ICT.

 2. Sub Unit Aplikasi – Operasi Sistem/ Aplikasi, Perisian dan Multimedia:

  • Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi dalaman dan luaran.
  • Pentadbir sistem.
  • Menyelia, menyelaras dan memantau Laman Web JKN & PTJ.
  • Mengurus permohonan video dan multimedia.

 3. Sub Unit Teknikal & Rangkaian – Operasi Keselamatan Rangkaian, Data dan Perkakasan /Perisian

  • Mengurus penyelenggaraan dan penambahbaikan yang berkaitan perkakasan/ infrastruktur ICT
  • Pengurusan bilik rangkaian/ server
  • Menyelaras dan memantau bagi 100% capaian aplikasi dan talian MyGov*Net dan sebagai “1st level support” capaian dalam rangkaian MyGov*Net.
 

09

Unit Latihan

 

Pengenalan

Unit Latihan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit ini bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti latihan yang merangkumi kursus-kursus dalam perkhidmatan dan kursus induksi serta kompetensi kepada semua kakitangan di JKN Perak.

Fungsi

  • Menguruskan pelaksanaan aktiviti latihan
  • Pelaporan perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan
  • Pelaporan prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Aktiviti

  • Menyelaras pelaksanaan kursus anggota perkhidmatan
  • Menyelaras aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
  • Menyelaras permohonan kursus ke Unit Kewangan

 

Image

WAKTU OPERASI

7.30 pagi - 5.30 petang

 

 

PAPARAN WEB
dengan resolusi 1328 x 768
JUMLAH PELAWAT

Hari Ini : 444

Bulan Ini : 7480

Keseluruhan : 46826

KEMASKINI
Isnin, 20 Mac 2023 @ 07:20 am

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kesihatan Negeri Perak

 
Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran JKNP
Maklumat Am
Lain-Lain
Seksyen Swasta
Tender dan Sebutharga
Seksyen Warga JKN Perak
Aplikasi Kerajaan
Sistem Intranet
Lain-lain
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
15
Hospital

12
Pejabat Kesihatan Daerah
10
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah
1
Makmal Kesihatan Awam
88
Klinik Kesihatan
204
Fasiliti Pergigian
230
Klinik Desa
19
Klinik Komuniti
9
Klinik Ibu & Anak
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini