my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Perak

box amanat

MAJLIS AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI TAHUN 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

16 Januari - Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Hospital Seri Iskandar. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga JKN Perak.

YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri telah merakamkan penghargaan beliau kepada seluruh warga kerja JKN Perak atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2024 dan berharap sokongan serta kerjasama yang berterusan pada tahun 2025.

Dalam ucaptama YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri, beliau telah menyampaikan hala tuju dan perancangan JKN Perak bagi tahun 2025 yang merangkumi pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi di peringkat PTJ, melaksanakan pelan inisiatif War On Sugar dan War On Salt untuk mengurangkan beban penyakit NCD serta memantapkan aktiviti penguatkuasaan Farmasi melalui strategi re-engineering, empowerment dan engagement.

Di samping itu, YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri juga menekankan tiga cabaran utama iaitu integriti penjawat awam yang melambangkan kejujuran, amanah dan keadilan, menggalakkan inovasi seperti Kesihatan digital termasuk proses kerja dan inisiatif merentasi program. Selain itu, YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri turut menekankan kepada semua Ketua Jabatan supaya menerapkan budaya “responsiveness” iaitu mendengar dan memahami isu yang diadu termasuk yang tersurat dan tersirat dan seterusnya menerangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil.

Sebelum majlis berakhir, YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri menzahirkan harapan supaya semua warga JKN Perak dapat terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, semangat berpasukan, mengamalkan integriti yang tinggi dan empati dalam memastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan memberi impak positif kepada Masyarakat. Majlis ini diakhiri dengan mengadakan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JKN Perak.

Sumber : Facebook Rasmi JKN Perak

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

129205
Hari Ini: 424
Jumlah: 129,205

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 05 Februari 2025 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN