my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

MTQ 2024 | 1445H Peringkat JKN Perak

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“πˆπ‹π€π–π€π‡ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡/ πŸπŸŽπŸπŸ’πŒ
 
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Tahun 1445H/ 2024M telah diadakan pada 12 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Seri Mu’allim, Hospital Slim River anjuran bersama oleh Hospital Slim River dan JKN Perak.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak ke ucapara perasmian penutup. Turut hadir ke majlis ini adalah Yang Berbahagia Dato’ IR. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim YDH, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua dan wakil-wakil PTJ, JKN Perak.
Dalam ucapatama Pengarah Kesihatan Negeri menyatakan komitmen pihak pengurusan tertinggi JKN Perak dalam memartabatkan Kitab Suci Al-Quran dengan adanya penganjuran majlis sebegini. Al-Quran adalah sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya untuk agama dan kerohanian semata-mata tetapi untuk semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi.
Setelah menjalani sesi uji bakat terlebih dahulu pada 30 Mei 2024 di JKN Perak, maka seramai lapan (8) peserta Qari dan enam (6) peserta Qariah yang terdiri daripada warga kerja pelbagai skim dan jawatan telah dipilih untuk menyertai Majlis Tilawah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan Dr. Siti Syahirah binti Isa daripada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Perak selaku Juara Qariah dan Dr. Akmal Afif bin Ahamad daripada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang selaku Juara Kategori Qari serta dinobatkan juga sebagai Juara Keseluruhan.
Juara Qari dan Juara Qariah bakal mewakili JKN Perak ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kali ke-33 yang diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2024.
 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

065597
Hari Ini: 246
Keseluruhan: 65,597

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 15 Julai 2024 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN