my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Bulan Mac 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK


27 Mac - Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri.

Sempena Bulan Ramadhan, Pengarah Kesihatan Negeri menyarankan agar warga JKN Perak yang beragama Islam dapat memanfaatkan Ramadhan bersama keluarga dengan memperbanyakkan amal ibadah dan merebut peluang keberkatan di bulan mulia ini dengan meningkatkan iltizam untuk menjadi insan yang terbaik. Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada warga JKN Perak atas sambutan dan sumbangan yang menggalakkan sepanjang pelancaran Program Troli Kasih Ramadhan. Hasil sumbangan (barang makanan kering) akan disumbangkan kepada warga JKN Perak yang memerlukan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucaptamanya, Pengarah Kesihatan Negeri juga berkongsi akan pesanan YAB Perdana Menteri Malaysia agar penjawat awam disarankan untuk mengukuhkan semangat kefahaman, disiplin serta tekad untuk memperbaiki diri. Selain itu, kepentingan mempunyai tatakelola yang baik bagi membanteras rasuah perlu dititikberatkan agar imej dan prestasi tinggi dapat dikekalkan untuk bersama-sama mengangkat darjah dan martabat Negara.

Pengarah Kesihatan Negeri turut menekankan bahawa pengalaman dan pemahaman terhadap integriti amat perlu diterapkan dan menyedari kepentingannya sebagai teras pembangunan peribadi yang berkualiti. Penjawat awam yang berkualiti dan mempunyai integriti yang tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga JKN Perak.


 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

034446
Hari Ini: 402
Keseluruhan: 34,446

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 17 April 2024 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN