my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Disember

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

Assembly 10

18 Disember - Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.

Dalam ucaptama YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri, beliau telah mengingatkan kepada semua warga JKN Perak berkenaan Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu, memalukan atau memburukkan nama Kerajaan. Semua warga JKN Perak dinasihati supaya mematuhi larangan ini.

Sebelum perhimpunan berakhir, Pengarah Kesihatan Negeri juga telah memberi penekanan berkenaan keseronokan bekerja kepada semua warga JKN Perak yang dapat dipamerkan melalui rasa puas hati, pelaksanaan tugas yang cekap serta bangga dengan pekerjaan sendiri. Pekerja yang seronok dan bahagia adalah lebih bertenaga produktif berbanding pekerja yang tidak seronok dan bahagia di tempat kerja. Pengarah Kesihatan Negeri juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JKN Perak yang telah berusaha dan bertungkus lumus menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2024.

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

129213
Hari Ini: 432
Jumlah: 129,213

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 05 Februari 2025 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN