my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Program Ihya Ramadan JKN Perak 1445H/2024

MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN KESIHATAN (MAJLIS BERBUKA PUASA) JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK


26 Mac 2024 - Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kesihatan (Majlis Berbuka Puasa) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Tabung Haji.

Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dengan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada warga JKN Perak di atas sambutan yang amat baik sepanjang pelancaran Program Troli Kasih Ramadhan, di mana segala sumbangan (barangan makanan kering) ini akan diberikan kepada warga JKN Perak yang memerlukan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, Pengarah Kesihatan Negeri telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada 18 orang petugas di JKN Perak. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua warga JKN Perak. Majlis ini juga turut diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Dr. Siti Syahirah binti Isa dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini atau lebih dikenali sebagai PU Yoep yang mengisi slot tazkirah Ramadhan untuk dikongsikan dan dijadikan sebagai iktibar serta pengajaran kepada warga JKN Perak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Wakil Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga JKN Perak.


 

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

034445
Hari Ini: 401
Keseluruhan: 34,445

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 17 April 2024 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN