my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Sambutan Hari Jantung Sedunia 2025

JOM KE “SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK” 


box hari jantung sedunia 25

 Jangan Lupa..! Sertai kami di Sambutan Hari Jantung Sedunia 2025 Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung di Mydin Mall Meru, Ipoh.

Salah satu tarikan utama program ini ialah pemeriksaan jantung (ECHOCARDIOGRAM) yang ditawarkan secara PERCUMA kepada orang awam. Peluang amat baik untuk menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan masalah jantung sebelum ia menjadi serius.

Apakah ECHOCARDIOGRAM??

Ia adalah scan jantung untuk melihat struktur, saiz, kekuatan pengepaman jantung serta masalah injap jantung.

Pemeriksaan Echocardiogram ini akan dijalankan pada:

  • 11 Oktober 2025 (Sabtu). 10.00 pagi - 3.00 petang
  • 12 Oktober 2025 (Ahad). 10.00 pagi -1.00 petang

Syarat penyertaan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak mempunyai sejarah penyakit jantung.
  • Kriteria klinikal abnormal dikesan semasa saringan kesihatan pada hari tersebut

(Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan)

Anjuran: Persatuan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Untuk siapa? : Terbuka kepada semua yang memenuhi syarat penyertaan.

Untuk maklumat lanjut:

Hubungi pihak penganjur atau layari laman media sosial rasmi di:

Facebook / Instagram: @PersatuanKardiologiHRPB

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengetahui tahap kesihatan jantung anda. Percuma, tetapi besar manafaatnya. 

Sumber: https://www.facebook.com/share/17Y2n4LWd3/

googlemap1

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Tentang Kami

Image

Jumlah Pelawat

219487
Hari Ini: 151
Jumlah: 219,487

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini - 06 November 2025 -

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN