MAJLIS PELUNCURAN OPERASI KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menganjurkan satu Majlis Peluncuran Operasi Keselamatan Makanan sempena bulan Ramadan pada 6 Mac 2025 (Khamis) di tapak Bazar Ramadan Seri Iskandar Business Centre (SIBC), Bandar Seri Iskandar, Perak dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan yang dirasmikan oleh YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional.
Operasi ini bertujuan sebagai pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna serta memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan selaras dengan Akta Makanan 1983 dan peraturan dibawahnya. Operasi ini merupakan tahun ke-8 yang dianjurkan oleh BKKM, JKN Perak.
Selain daripada itu, JKN Perak juga ingin menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna dan peniaga yang bijak serta sentiasa menitikberatkan soal keselamatan makanan sebagai keutamaan dalam memilih serta menyediakan makanan dengan mengamalkan konsep “Sama-sama Perhati dan Pilih” serta “Lihat, Hidu dan Rasa” sebelum menjamu selera.