my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Pulau Pangkor

box   Penyerahan KK Pangkor


 MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 4) PULAU PANGKOR DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN


 03 Disember 2025 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak hari ini telah menyerahkan secara rasmi Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Pulau Pangkor kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP). Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Negeri Perak kepada YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Kementerian Kesihatan Malaysia, dan turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah Klinik Kesihatan Jenis 4 lengkap dengan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta fasiliti moden bagi meningkatkan capaian dan mutu perkhidmatan kesihatan primer untuk komuniti setempat.

Projek bernilai RM24,269,015.14 ini telah dilaksanakan oleh Utusan Teguh Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama, dengan pemantauan serta pengurusan teknikal oleh JKR Negeri Perak. Projek ini telah berjaya disiapkan pada 13 Oktober 2025.

Penyerahan rasmi ini membolehkan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Pulau Pangkor memulakan proses persediaan pengoperasian fasiliti. Klinik ini dijangka beroperasi sepenuhnya dengan semua perkhidmatan pada 19 Januari 2026. Pembukaan fasiliti baharu ini juga dijangka meningkatkan skop perkhidmatan kesihatan primer serta menambah sumber tenaga kerja kesihatan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan di kawasan tersebut.

Turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah YBrs. Tuan Massrol Nizam bin Md Salleh, Arkitek Penguasa Kanan; YBrs. Tuan Velan Supramaniam, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan); YBrs. Dr. Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam); Dr.Sofiah binti Mat Ripen, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan YBrs. Dr. Nur Intan Kartiniewatie binti Kamaruddin, Pegawai Kesihatan Daerah Manjung.

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

246757
Hari Ini: 399
Jumlah: 246,757

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 10 February 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT