my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan JKN Perak November 2025

Box   Perhimpunan Nov 25


 MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK


 

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak bagi bulan November 2025 telah berlangsung pada 28 November 2025 di Dataran D’Mesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan-Timbalan Pengarah serta seluruh warga JKN Perak.

Pada perhimpunan kali ini, Dato’ Pengarah bersama YBrs. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) telah menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Hari Lelaki Antarabangsa, Hari Diabetes Sedunia dan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

Sempena sambutan Hari OSH, Bahagian Kesihatan Awam turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Kuiz Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Program Trim & Fit (Pengurusan Berat Badan), 10K Challenge serta Step Challenge melalui aplikasi Bookdoc.

Majlis turut meraikan penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) November 2025:

  • Pn. Iu Chai Cheun – Pegawai Tadbir Diplomatik M12 (KUP), Pengurusan
  • En. Mohd Khaizan bin Buyong @ Dalil – PKA H1, Pengurusan
  • Pn. Zuwariah binti Abdul Talib – Pegawai Sains Pemakanan C12, Kesihatan Awam
  • En. Sathis Servai A/L Murali Krishnan – Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U6, Kesihatan Awam
  • En. Mohd Redzuan bin Zakri – Pen. Peg. Perubatan U6, Perubatan
  • Pn. Nur Asma binti Mohd Sabri – Pembantu Tadbir N2 (TBK), Pergigian

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas dedikasi serta komitmen cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja JKN Perak.

Dato’ Pengarah turut menekankan kepentingan memperkukuh komitmen dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan penjagaan kesihatan yang holistik merangkumi fizikal, mental dan emosi. Usaha berterusan dalam promosi serta pencegahan penyakit diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, atas pengurniaan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato' bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 9 November 2025.

Sumber: Facebook JKN Perak

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

246757
Hari Ini: 399
Jumlah: 246,757

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 10 February 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT