my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

1.Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?  
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

2.Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

3.Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

4.Apakah penyakit yang dikecualikan bayaran wad?
Penyakit yang dikecualikan bayaran wad ialah kanser,kusta dan mycobacterium tuberculosis.

5.Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

6.Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

7.Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina   

8.Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

9.Bagaimana hendak membuat aduan?
Buat temujanji untuk berjumpa dengan Pengarah Hospital di Unit Pentadbiran Hospital,atau e-mail ke alamat: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

TAJUK LAGU : KAMI SEDIA MEMBANTU
PENULIS LAGU: FAUZI MARZUKI
PENULIS LIRIK: HABSAH HASSAN
------------------------------------

BANGSA YANG SIHAT ASET NEGARA
KUALITI HIDUP DIPELIHARA
BERPASUKAN BERGANDING TANGAN
PERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN

SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI
KECEMERLANGAN, MATLAMAT KAMI
DIMANA PUN JUA, DISETIAP WAKTU
KAMI SEDIA MEMBANTU

KAMI PENYAYANG PADA SEMUA
BAGI KAMI TIADA BEZA
BERTANGGUNGJAWAB AMALAN KITA
KESIHATAN DAN MARUAH DIJAGA

SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI
KECEMERLANGAN, MATLAMAT KAMI
DIMANA PUN JUA, DISETIAP WAKTU*
KAMI SEDIA MEMBANTU*

* Ulang 2 Kali




Negeri Perak adalah negeri kedua terbesar di Malaysia Barat selepas negeri Pahang dengan kawasan liputan 21,000 km persegi dan jumlah penduduk 2.5 juta pada tahun 2016. Terdapat 11 daerah di negeri Perak dan daerah Kinta sahaja mempunyai satu juta penduduk. Terdapat 15 hospital di Negeri Perak terdiri daripada satu hospital negeri, empat hospital pakar, sembilan hospital daerah dan satu Institut Kesihatan Mental (Hospital Bahagia Ulu Kinta).

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) adalah hospital negeri yang berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi negeri Perak. Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1891 sebagai hospital daerah dengan 550 katil. Ia kemudian dinaiktaraf kepada hospital negeri pada tahun 1942 dan kini mempunyai bangunan lapan tingkat baru dengan 990 katil yang dibina pada tahun 1980.

HRPB menawarkan perkhidmatan khusus dan subspesialisasi utama ke seluruh negeri Perak. Empat (4) hospital daerah lain di daerah Kinta telah dipilih untuk membentuk Hospital Kluster Ipoh bersama-sama dengan Hospital Negeri. HRPB akan mengetuai Hospital Kluster Ipoh, manakala hospital daerah akan berfungsi sebagai 'non-lead hospital'. Hospital Kluster ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan pakar dan penjagaan pesakit dan untuk membantu Hospital Negeri dengan berkongsi sumber di kalangan hospital. Hospital daerah yang terlibat dalam Kluster Perak adalah:
1. Hospital Batu Gajah
2. Hospital Sungai Siput
3. Hospital Kampar
4. Hospital Bahagia Ulu Kinta

 Hospital Kluster Ipoh

 

Visi Hospital Kluster Ipoh adalah untuk membentuk rangkaian hospital bersepadu yang bekerja bersama-sama, berusaha untuk peningkatan dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Misi Hospital Kluster adalah untuk memberi tumpuan kepada keperluan komuniti dan populasi, serta untuk menjalinkan perkongsian penyediaan dan penyampaian perkhidmatan dengan membangunkan bidang khusus untuk perkhidmatan tertentu.

 

LOKASI HOSPITAL KLUSTER

Lokasi Hospital Kluster Ipoh

 

LOGO HOSPITAL KLUSTER

logokluster

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 58
Jumlah Keseluruhan: 28,286

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 08 December 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video