my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PERHIMPUNAN BULANAN HSI BULAN OGOS 2026

26 Ogos 2026 - Semangat kebersamaan dan patriotisme mewarnai Perhimpunan Bulanan Hospital Seri Iskandar bagi Bulan Ogos 2026 yang menghimpunkan seluruh warga kerja hospital.
 
Majlis dimulakan dengan amanat dan ucapan Pengarah Hospital Seri Iskandar, Dr. Nor Sahliza binti Rahman, yang menekankan kepentingan komitmen, integriti, kerja berpasukan serta usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Sudut Kemerdekaan dan Kuiz Kemerdekaan sebagai penghargaan atas kreativiti, semangat patriotik dan penglibatan warga hospital dalam memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Sebagai penutup, seluruh warga Hospital Seri Iskandar bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat, menyemarakkan rasa cinta kepada negara serta memperkukuhkan semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. 
 
Semoga semangat patriotisme dan kebersamaan ini terus diterjemahkan dalam setiap tugas dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69
“MELESTARI KESIHATAN”

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

007919
Today: 12
Total: 7,919

Tarikh Kemaskini

  • 07 September 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video