my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PERHIMPUNAN PAGI BULAN JUN 2026

perhimpunan bulan 6perhimpunan bulanan 6 2

 

Perhimpunan Pagi Bulan Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama Unit Fisioterapi, Wad Bersalin, Unit Hemodialisis dan Unit Terapi Cara Kerja.

Perhimpunan kali ini turut mencatatkan detik istimewa dengan kehadiran serta sesi memperkenalkan Pengarah Hospital Seri Iskandar yang baharu sempena hari pertama beliau melapor diri. Seluruh warga Hospital Seri Iskandar mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan amanah, serta mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menerajui hospital ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Pihak hospital turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa penganjur serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan perhimpunan ini.

Semoga semangat kebersamaan, budaya kerja berpasukan dan komitmen yang ditunjukkan akan terus diperkukuhkan demi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pelanggan kepada masyarakat.

Terima kasih atas sokongan dan dedikasi semua.

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

007919
Today: 12
Total: 7,919

Tarikh Kemaskini

  • 07 September 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video