Unit Penyeliaan Hospital
Unit Penyeliaan Hospital merupakan unit yang bertanggungjawab memantau dan menyelia pelaksanaan operasi harian hospital bagi memastikan setiap perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal berjalan lancar, teratur serta mematuhi prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan. Unit ini berperanan sebagai mekanisme kawalan dalaman dalam memastikan tahap disiplin kakitangan, keselamatan persekitaran, kebersihan serta kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Selain itu, Unit Penyeliaan Hospital turut bertindak sebagai penghubung antara jabatan dan pihak pengurusan dalam menangani isu operasi, aduan serta keperluan penambahbaikan secara berterusan demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Visi
Menjadi unit penyeliaan yang cemerlang dalam memastikan pengurusan dan operasi hospital dilaksanakan secara sistematik, efisien dan berintegriti.
Misi
-
Memantau pelaksanaan operasi hospital secara berterusan dan berkesan.
-
Memastikan pematuhan terhadap dasar, prosedur dan garis panduan yang berkuat kuasa.
-
Meningkatkan tahap disiplin, keselamatan dan kualiti persekitaran hospital.
-
Menyokong usaha penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.


