22 Disember 2025 – Hospital Seri Manjung telah menjemput Core Team MPIS dari HOSPITAL TAPAH untuk menghadiri sesi latihan pengguna MPIS di Hospital Seri Manjung. Sesi latihan ini telah diadakan di Dewan Mutiara, HSM.
Core Team MPIS Hospital Tapah diwakili oleh Puan Ruzaini, Ketua Unit Rekod Perubatan merangkap Setiausaha Core Team MPIS, serta En Wazir, Ketua Unit Pengurusan Maklumat yang juga berperanan sebagai Champion MPIS di Hospital Tapah.
Sesi latihan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Core Team MPIS Hospital Seri Manjung, diikuti oleh sesi pengendalian latihan oleh En Wazir yang merangkumi aspek bed mapping dan pendaftaran pesakit.
Fasa 1 latihan ini menumpukan kepada proses pendaftaran dan discaj pesakit melalui MPIS untuk pesakit yang dirawat secara inpatient.
Hospital Seri Manjung ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Core Team MPIS HOSPITAL TAPAH atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang sesi latihan ini.


