UNIT TERAPI CARA KERJA
PENGENALAN
Unit Terapi Cara Kerja telah mula beroperasi di HSM pada bulan September 2006. Selaras dengan pertambahan perjawatan anggota, peningkatan kes yang dirujuk dan keperluan pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan, peruntukan pembinaan unit bangunan telah diluluskan dan siap sepenuhnya untuk mula beroperasi pada Januari 2011.
Terapi Cara Kerja merupakan salah satu cabang perkhidmatan Jabatan Rehabilitasi di hospital kerajaan yang menyediakan program rawatan pemulihan berteraskan client-centred. Matlamat utama rawatan adalah untuk membolehkan seseorang pesakit/individu berfungsi pada tahap optima dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian (ADL/Work/Leisure).
VISI:
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI:
Unit Terapi Cara Kerja, HSM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
- untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
- untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
- dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit yang dirujuk akan diberikan layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan tepat.
- Setiap pesakit luar yang baru di rujuk akan diberikan temujanji pertama tidak melebihi 3 hari bekerja atau mengikut permintaan pesakit.
- Setiap pesakit dalam yang baru dirujuk akan diberikan rawatan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam hari bekerja.
- Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai kondisi, program rawatan, aktiviti susulan di rumah serta perkembangan mereka dari masa ke semasa dan semua maklumat akan direkodkan di dalam kad rawatan pesakit.
- Segala maklumat peribadi dan perubatan mengenai pesakit akan dirahsiakan.
- Setiap pesakit akan diberikan temujanji selagi mereka memerlukan rawatan susulan.
- Pelanggan adalah berkewajipan untuk :
- Mematuhi arahan di Unit Terapi Cara Kerja.
- Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, Hospital Seri Manjung meliputi :
- Rawatan kes pesakit dalam wad
- Rawatan kes pesakit luar
- Perkhidmatan yang disediakan adalah :
- Terapi cara kerja di bidang Orthopedik
- Terapi cara kerja di bidang Pediatrik
- Terapi Cara Kerja di bidang Perubatan Am
- Terapi cara kerja di bidang Pembedahan Am
- Terapi cara kerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
- Terapi cara kerja di bidang Neurologi / Neurosurgery
- Terapi cara kerja di bidang Plastic and Reconstructive
- Terapi cara kerja di bidang Obstetrics & Gynaecology
- Terapi cara kerja di bidang Ophthalmology
- Terapi cara kerja di bidang Kardiak
WAKTU OPERASI
|
Hari |
Masa |
|
Isnin Hingga Khamis |
8.00 am – 1.00 pm 1.00 pm – 2.00 pm ( Rehat ) 2.00 pm – 5.00 pm |
|
Jumaat |
8.00 am – 12.15 pm 12.15 pm – 2.45 pm ( Rehat ) 2.45 pm – 5.00 pm |
|
Sabtu , Ahad dan Cuti Umum - TUTUP |
|


