my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Soalan Umum

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ? 
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.


2. Apakah penyakit yang dikecualikan dari bayaran bil hospital ?
Pesakit yang boleh mendapatkan pengecualian bil hospital adalah semua kes penyakit berjangkit dan pesakit yang meninggal dunia di kelas 3. 


3. Bagaimana caranya sekiranya saya sebagai warganegara Malaysia, tidak mampu untuk menjelaskan bil hospital?
Bagi warganegara Malaysia yang tidak mampu untuk menjelaskan bil hospital, tuan/puan perlu berjumpa dengan Ketua Jururawat/Ketua Jururawat Atas Panggilan(semasa cuti atau lepas waktu pejabat) bagi mendapatkan pengurangan atau pengecualian caj hospital. 
 

4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL) dan kad temujanji
 

5. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
 

6. Siapakah waris yang dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Bagi pesakit kanak-kanak, waris yang dibenarkan adalah ibu atau waris perempuan. Manakala untuk pesakit dewasa, hanya pesakit yang tenat sahaja boleh ditemani. Namun, bagi pesakit perempuan, hanya waris wanita sahaja dibenarkan.  
 

7. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

062313
Today: 92
Total: 62,313

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 25 May 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video