Unit Khidmat Pengurusan
Unit Khidmat Pengurusan merupakan satu unit yang bernaung dibawah Bahagian Pengurusan. Unit ini menguruskan perkhidmatan perumahan (Kuarters dan Asrama Jururawat), keselamatan dan perkhidmatan perpustakaan kepada warga Hospital Slim River. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 selaku Ketua Unit dengan dibantu oleh 2 orang Penyelia Asrama gred N19/TBK N22, seorang Pembantu Keselamatan KP19/TBK KP22, dan 2 orang Pembantu Pustakawan gred N19/TBK N22.
VISI & MISI KKM
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah menerajui dan berusaha bersama-sama
a) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
i. Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
ii. Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
iii. Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
b) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
i. Mengutamakan pelanggan
ii. Saksama
iii. Tidak membebankan
iv. Cekap
v. Wajar mengikut teknologi
vi. Boleh disesuaikan mengikut persekitaran inovatif
c) Dengan menekankan:
i. Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
ii. Sifat menghormati maruah insan
iii. Penglibatan masyarakat
VISI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Menuju ke arah pengurusan perumahan, keselamatan dan perpustakaan yang berkualiti dan efisien.
MISI PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Menyelaras pengurusan perumahan, keselamatan dan perpustakaan Hospital Slim River dengan efektif dan berkualiti.
OBJEKTIF
a) Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif dan efisien sebagai sokongan kepada program penjagaan pesakit yang dijalankan oleh hospital.
b) Memastikan Hospital Slim River mempunyai pengurusan perumahan, keselamatan dan perpustakaan yang berkesan.
SKOP PERKHIDMATAN UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
a) Menyelaras permohonan pegawai untuk menduduki Asrama Jururawat dan Kuarters Hospital Slim River;
b) Memantau keadaan fizikal dan persekitaran Asrama Jururawat dan Kuarters Hospital Slim River;
c) Memantau dan menguatkuasakan peraturan keselamatan di Hospital Slim River;
d) Menyediakan perkhidmatan perpustakaan di Hospital Slim River.
WAKTU OPERASI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN


