my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Bayi Merdeka 2025 - 31 Ogos 2025

                                                                  Bayi merdeka 1           

 

SAMBUTAN BAYI MERDEKA 2025 DI HOSPITAL TELUK INTAN

Pada 31 Ogos 2025, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Teluk Intan telah mengadakan majlis Sambutan Bayi Merdeka 2025 bertempat di Wad GC (Postnatal) pada jam 3.00 petang.

Majlis berlangsung dalam suasana damai dan penuh kegembiraan, terutama bagi para ibu bapa yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pada tarikh istimewa ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin bersama Pakar Kebidanan dan Sakit Puan, Dr. Chan Yang Ling, Pegawai Perubatan, Ketua Penyelia Jururawat serta warga kerja hospital.

Ibu-ibu bertuah yang melahirkan bayi Merdeka tahun ini ialah:

👶 Pn. Nurul Qurratu Aini Binti Azmi – bayi perempuan, lahir 3.59 pagi

👶 Pn. Nurulazwa Binti Azmee – bayi lelaki, lahir 4.10 pagi

👶 Pn. Thanaletchumi a/p Subramaniam – bayi perempuan, lahir 6.10 pagi

👶 Pn. Chin Xiu Yi – bayi lelaki, lahir 11.42 pagi

Pihak HTI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ibu bapa atas kelahiran bayi Merdeka yang amat bermakna ini. Semoga bayi-bayi ini membesar dengan sihat serta menjadi generasi harapan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan.

 

Lihat di FB HTI

 

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050711
Today: 11
This Month: 2,609
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video