my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerja

“Adalah menjadi dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Pihak Pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan”

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Teluk Intan memberikan khidmat nasihat professional dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di fasiliti hospital. Unit ini membantu Pengarah hospital dalam melaksanakan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan arahan-arahan serta Factory and Machinery Act 1964.

Unit ini mempunyai Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) serta Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

UKKP HTI menjalankan pengurusan risiko hospital dari segi fizikal, bahan kimia, kewangan, kontrak, tenaga dan pengurusan.

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

047648
Today: 125
This Month: 2,626
Last Month: 3,001

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video