my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus Jururawat Idaman KU Bil 2/2024 11&12 November 2024

aktvtnov4 24

Kursus Jururawat Idaman Ku Bil 2/2024 yang telah di anjurkan oleh Unit Kejururawatan Hospital Teluk Intan telah berjaya diadakan pada 11 & 12 November 2024 bertempat di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan.

Seramai 34 orang peserta yang terdiri dari 31 orang Jururawat dan 3 orang Ketua Jururawat telah berjaya dibimbing oleh 8 orang Fasilitator yang terlatih terdiri dari 2 orang Penyelia Jururawat dan 6 orang Ketua Jururawat.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan serta menanam erti pelbagai nilai-nilai murni dan nilai budi bahasa di kalangan jururawat.

Beberapa aktiviti dan pengisian di dalam TOT ini. Kursus dimulakan dengan Taklimat dari Penyelaras Program PJ Hajar Binti Mat Nor kepada semua peserta. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Hospital Teluk Intan Dr Khairul Baharin Bin Baharuddin PMP.

Kursus juga di selitkan dengan ceramah- ceramah dari penceramah jemputan dengan tajuk yang disampaikan

1. PJ Roslina Binti Zainal Abidin - Budaya Koperat

2. Dr. Fadzil Bin Mustapa Kamal - Komunikasi berkesan

3. Cik Nurul Aqilah Binti Mohamed Ramli - Pengurusan Stress Dan Relaksasi.

Beberapa aktiviti menarik telah diadakan sepanjang Kursus dijalankan diantara nya Ice Breaking, Persembahan Kumpulan, Go Fit Don't Quit serta Aktiviti Noble Race yang diadakan di dalam dewan dan juga di luar dewan.

Semoga kursus ini berjaya mencapai objektif dan dapat diaplikasikan oleh Jururawat semasa menjalankan tugasan di lapangan.

Sila Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050718
Today: 18
This Month: 2,616
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video