my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kluster 2025 - 03 September

                                                                                                                      Kursus UKKP                                                                                                                                                           

 

 

KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT KLUSTER 2025

Pada 3 September 2025, Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital Teluk Intan telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kluster 2025 bertempat di Dewan Jauhari. Kursus sehari ini diketuai oleh Dr. Fadzil Bin Mustapa Kamal dan telah dirasmikan oleh Dr. Nazamuddin Zamir Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Perubatan II.

Seramai 85 orang peserta hadir, termasuk wakil dari Hospital Tapah serta Hospital Slim River. Antara penceramah jemputan yang berkongsi kepakaran mereka ialah PPP Nazmi Bin Jumat, Pn. Hasnani Oon Binti Hasni Oon, Dr. Nor Nadiah Binti Zulkefle dan Pn. Rachel Priyasheny A/P Thomas.

Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi ceramah, perkongsian pengalaman serta sesi soal jawab yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan di tempat kerja, risiko peralatan dan persekitaran, serta pengetahuan keselamatan jalan raya. Turut diketengahkan ialah kaedah menguruskan insiden dan kemalangan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Peserta pulang dengan ilmu serta kesedaran baharu yang dapat diaplikasikan dalam tugasan harian, sekali gus memperkukuh budaya kerja selamat di hospital-hospital Perak Selatan.

 

Lihat di FB HTI

 

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050697
Today: 111
This Month: 2,595
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video