my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus Safe Surgery Saves Lives (SSSL) - 5 Mei 2025

SSSL1

KURSUS SAFE SURGERY SAVES LIVES

Kursus Safe Surgery Saves Lives (SSSL) yang julung kali diadakan di peringkat Kluster Perak Selatan telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Mei 2025, bertempat di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa SSSL Hospital Teluk Intan dan telah dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Teluk Intan, YBhg. Dr Khairul Baharin Bin Mohd Baharuddin, PMP.

Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan jururawat dari:

-Hospital Teluk Intan

-Hospital Slim River

-Hospital Tapah

-Hospital Seri Manjung

Kursus ini telah menampilkan barisan penceramah yang berpengalaman dan berwibawa iaitu:

-Dr Zaleha Binti Mohd Nor

Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Bahagian Perkembangan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

-Mr Azmi Bin Alias

Pakar Perunding & Ketua Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur

-Matron Noorliana Binti Noordin

Penyelia Perawatan Perioperative & CSSU, Hospital Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta. Diharapkan segala input yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam amalan klinikal seharian, demi meningkatkan tahap keselamatan pesakit secara menyeluruh.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa SSSL yang telah bertungkus-lumus menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050718
Today: 18
This Month: 2,616
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video