my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Program Hiking Merdeka 07 September 2024

aktvtsep3

Sempena Bulan Kemerdekaan Hospital Teluk intan, satu Program Hiking Merdeka telah diadakan di Bukit 300 ,Teluk Batik pada 7/9/2024 bermula jam 7.30am. Program anjuran Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Unit Kejururawatan ,Kesatuan Jururawat Malaysia dan Kelab Sukan dan Rekreasi. Program telah dirasmikan oleh Dr Hajjah Noor Azira Binti Haron,Timbalan Pengarah 1 (Perubatan ). Bacaan doa telah dibaca oleh JT Sharizan Bin Samsuri dari wad 1A.
Seterusnya taklimat telah diberi oleh PBK 1 En Hisham Bin Hamzan, Pegawai Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Seri Manjung. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung yang menjadi Jurupandu dan Keselematan peserta sepanjang Program Hiking Merdeka. Jumlah peserta adalah seramai 49 orang. Peserta terdiri dari Jururawat dan Ahli Kesuri dari pelbagai kategori. Peserta telah dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh Pegawai Bomba dari mula pendakian sehingga turun. Seramai 11 Pegawai Bomba terlibat.
Alhamdullilah semua peserta turun dengan jayanya pada jam 11.30am. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menjayakan Program Hiking Merdeka Hospital Teluk Intan.
Program berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan, cenderahati pada semua Pegawai Bomba yang terlibat.

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050718
Today: 18
This Month: 2,616
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video