![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, telah berkenan bercemar duli pada 17 Mei 2025 pada jam 11.00 pagi menziarahi lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan trak polis dan sebuah lori muatan batu kerikil di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik pada 13 Mei 2025 lalu. Keberangkatan baginda ke Hospital Teluk Intan menyaksikan baginda meluangkan masa melawat empat anggota yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), serta seorang lagi anggota yang ditempatkan di wad biasa. Dalam lawatan itu, baginda turut menyantuni ahli keluarga mangsa yang hadir serta menyampaikan sumbangan peribadi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral. Mengiringi baginda dalam lawatan itu adalah Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin, Pengarah Hospital Teluk Intan di samping dif-dif kehormat yang lain. |



