my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Lawatan Anak Dr G.A.F.R Gibson ke HTI

beritasep2

Pada 12 September 2024 Hospital Teluk Intan (HTI) telah menerima kunjungan Encik Peter Gibson, anak kepada Dr. G.A.F.R Gibson mantan Pengarah HTI pada tahun 1946. Beliau telah disambut oleh Dr. Nor Aqidah binti Kamri, Timbalan Pengarah Perubatan 2, bersama-sama beberapa pegawai pengurusan HTI. Dalam kunjungan ini Encik Peter Gibson sempat berkongsi cerita-cerita menarik sewaktu mendiang ayahnya berkhidmat di Malaya ketika era Perang Dunia Kedua. Dr. G.A.F.R Gibson pernah berkhidmat sebagai tentera British sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas kejatuhan Singapura 1942 oleh pihak Jepun, beliau telah menjadi tahanan perang di Kem Tahanan Changi sebelum dihantar ke sempadan Siam dan Burma untuk menyiapkan Jambatan Sungai Kwai yang terkenal sebagai Jambatan Keretapi Maut. Paling menyayat hati, beliau menceritakan bagaimana bapanya terselamat berlindung di bawah jambatan besi apabila tentera Berikat mengebom Jambatan Sungai Kwai tersebut. Selepas berakhir perang. Dr. G.A.F.R Gibson telah pulang ke England dan selepas itu dihantar oleh kerajaan British ke Teluk Intan untuk berkhidmat di Hospital Teluk Intan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Peter Gibson kerana sudi mengadakan kunjungan ke HTI bagi mengimbau kenangan bapanya bersama-sama dengan warga kerja HTI.

Sila Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

053232
Today: 31
This Month: 846
Last Month: 1,488

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 06 Ogos 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video