my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kawasan Larangan Merokok

laranganmerokok

Senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  2. Di dalam mana-mana hospital atau klinik
  3. Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam
  4. Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
  7. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  8. Di dalam mana-mana premis kerajaan
  9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  10. Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
  11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  12. Di dalam mana-mana bas sekolah
  13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
  14. Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  19. Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,
  20. Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.

Mana-mana orang yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

050697
Today: 111
This Month: 2,595
Last Month: 3,080

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh Terkini : 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video