
|
Unit Endokrin dari Jabatan Perubatan telah berjaya menganjurkan *3km Diabetes Fun Walk 2.0* dengan meriah bersempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia. Semua peserta berjaya melengkapkan jarak 3km dan mencapai 10,000 langkah. Acara ini menarik penyertaan hampir 120 staf hospital. Terima kasih kepada Pengarah Hospital, Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin kerana sudi merasmikan program ini dan turut bersama sepanjang acara. Program ini penuh dengan keseronokan dan kegembiraan, mengingatkan semua tentang pentingnya gaya hidup sihat untuk mencegah diabetes. Cuaca pagi sangat baik, tanpa hujan, dan semua peserta berjalan dengan membawa belon biru sebagai simbolik sambutan Hari Diabetes Sedunia. Acara program bertambah meriah dengan adanya cabutan bertuah selepas berjalan kaki dan hampir 50 peserta telah menangi pelbagai hadiah. Program ini juga mendapat kerjasama daripada ahli Persatuan Diabetes Malaysia cawangan Teluk Intan. Program ini adalah penutup kepada Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat HTI. Bermula dengan kursus Diabetes Update pada 21/11/2024 dan di ikuti Bengkel Diabetes Mellitus type 1 pada 28/11/2024 dan di akhiri Fun Walk 3km. Unit Endokrin dan MOPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan AJK yang terlibat. Semoga program Sambutan Hari Diabetes Sedunia ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan pengetahuan. Sekian terima kasih. |


