No. Telefon : 05-6298400 samb. 8661/8665/8666
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga.
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
Dengan menekankan:
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
- Sifat menghormati maruah insani.
- Penglibatan masyarakat.
OBJEKTIF
- Berkerjasama dengan pelanggan dan komuniti ke arah mencapai status kesihatan yang berkualiti.
- Mempromosi kesihatan secara penglibatan langsung dalam aktiviti-aktiviti rawatan, pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada individu, keluarga juga komuniti.
- Memberi khidmat rawatan berdasarkan bukti-bukti yang betul, saintifik serta berteraskan budaya penyayang, kerja berpasukan serta mengekalkan tahap profesionalisma yang tinggi.
- Mempertingkatkan tahap kompitensi staf-staf dengan membuat penyelidikan dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
FUNGSI
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut:
- Rawatan dan pemulihan masalah psikiatri
- Klinik Pakar
- Wad
- Rawatan dalam komuniti
- Pemulihan Psiko-sosial: Psychoeducation, Psychosocial Rehabilitation
- Promosi Kesihatan Mental
- Rawatan Gantian Methadon untuk penagihan opiate/heroin
- Kaunseling (Bersama Unit Kaunselor)
- Latihan kepada kakitangan kesihatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta orang awam tentang kesihatan dan penyakit mental
- Penilaian kesihatan untuk Lembaga Perubatan, panel PERKESO dan di bawah ‘DisabilityAct’ (Orang Kurang Upaya)


