
|
Unit Endokrin dari Jabatan Perubatan telah menganjurkan Kem Diabetes Mellitus type 1 pada 28/11/2024 jam 2.00 - 5.00 ptg di Klinik Pakar Perubatan bersempena dengan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024. Kem atau bengkel ini dijalankan khusus untuk pesakit Diabetes Mellitus type 1 dengan kerjasama Jabatan Farmasi dan Unit Dietetik. Kem Diabetes ini merupakan interaksi secara langsung kepada pesakit di mana kami memberikan sesi kaunseling, sokongan, dan panduan untuk membantu mereka dalam pengawalan gula dalam darah. Kem Diabetes ini juga membantu pesakit saling berkenalan dan membina persahabatan yang membolehkan mereka memberi sokongan antara satu sama lain di masa hadapan. Maklum balas daripada pesakit dan keluarga mereka juga sangat positif, dan kami berharap dapat meneruskan program seperti ini setiap tahun bagi membantu dan menyokong Pesakit Diabetes type 1 di masa hadapan. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pesakit dan keluarga di atas kehadiran dan kerjasama. |


