my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kempen Hidup Sihat, Cegah Rokok dan Vape 13 Disember 2023

aktvtdis4

Pada 13 Disember 2023, pihak Unit Kesihatan Awam (UKA), Hospital Teluk Intan telah dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah untuk memberi ceramah sempena Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat, Cegah Rokok dan Vape Tahun 2023 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang bahaya rokok dan vape, membimbing pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan memperkenalkan kepada pelajar mengenai penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Ceramah telah disampaikan oleh Dr Hazim Shafii, pegawai perubatan UKA yang telah menekankan tentang impak negatif rokok dan vape terhadap kesihatan, bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam rokok dan vape dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Puan Norashikin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran UKA turut menyampaikan ceramah tentang PPKHT 2004 sebagai mekanisme undang-undang yang bertujuan untuk mengawal dan menguruskan produk tembakau serta implikasi undang-undang terhadap individu yang melanggar undang-undang.
Akhir sekali, diharapkan dengan penganjuran kempen ini, pelajar-pelajar tidak hanya mendapat kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya rokok dan vape, tetapi turut terdorong untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan membantu untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat. Semoga usaha ini akan memberi impak positif dalam membentuk generasi muda yang peka dan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri dan komuniti.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Sultan Abdullah atas jemputan ini dan diharapkan kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045376
Today: 153
This Month: 354

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video