
|
Kursus Dalam Perkhidmatan siri 2/2024 telah diadakan pada 2 Julai 2024 anjuran Komiti Kejururawatan, Unit Kejururawatan Hospital Teluk Intan. Perasmian di lakukan oleh Penyelia Jururawat U42 Matron Rubiah Binti Ahmad. Kursus tersebut dihadiri oleh 49 orang peserta dari Kategori Jururawat dari Hospital Teluk Intan, Hospital Slim River dan Hospital Tapah termasuk 6 Jururawat yang baru melaporkan diri.
Penceramah terdiri dari 6 orang iaitu En. Kalaivanan A/L Muniandy selaku Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Penyelia Jururawat U42 Matron Rubiah Bt Ahmad, Penyelia Jururawat U41 Matron Mary A/P Sinnapan, Penyelia Jururawat U36 Matron Roslina Zainal Abidin, Puan Faridah Binti Mat Zain Penolong Pegawai Tadbir N32 dan En. Harizan Bin Ismail, Pembantu Tadbir N26. Tajuk adalah berkaitan Bab - bab dalam perkhidmatan Awam, Perkara berkaitan kejururawatan, kod Etika dalam kejururawatan, Panduan Kejururawatan serta 10S dalam Kejururawatan. Objektif kursus adalah untuk membina staf berpengetahuan dalam bab bab dalam perkhidmatan awam juga meningkatkan mutu perkhidmatan dan staf itu sendiri.
|


