my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus ‘Malaysian Triage Scale’ Peringkat Negeri Perak -15 Mei 2025

                                                                       triage3                                                                                     

 

 

Kursus ‘Malaysian Triage Scale’ Peringkat Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya pada 15 Mei 2025. Kursus anjuran bersama-sama Hospital Teluk Intan dan Hospital Seri Manjung telah berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM), Lumut. Seramai 47 peserta dari seluruh hospital negeri Perak telah menghadiri kursus ini, antara sebahagian hospital teribat adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Teluk Intan, Hospital Seri Manjung, Hospital Slim River, Hospital Tapah, Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ‘hospital triage’ dan ‘field triage’ dan cara untuk melaksanakannya dengan efektif mengikut garis panduan terkini‘Malaysian Triage Scale 2022’. Kursus dimulakan dengan sesi teori di sebelah pagi dan bersambung dengan sesi amali di sebelah petang. Antara penceramah yang membimbing sepanjang kursus ini adalah :

i)Dr Hj Samsu Ambia bin Ismail, Konsultan Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan.

ii) Dr Al Hilmi bin Saim, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Seri Manjung.

iii) Dr Jahlelawati binti Zul, Pakar Kecemasan, Hsopital Slim River.

iv) Dr Leong Chow Wei, Pakar Kecemasan, Hospital Seri Manjung.

v) Dr Muhammad Khidir bin Mohd Kamil, Pakar Kecemasan, Hospital Teluk Intan

Ucapan Syabas dan Terima Kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa kursus, yang telah diketuai oleh Dr Naresh, Pakar Kecemasan, Hospital Teluk Intan, yang telah bertungkus lumus melaksanakan kursus ini dengan penuh jayannya.

Besar harapan untuk ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam pekerjaan para-para peserta.

Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045369
Today: 146
This Month: 347

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video