
|
Kursus `ONE STOP CRISIS CENTRE' (OSCC) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan telah diadakan pada 14.11.2024, bertempat di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan. Seramai 46 orang peserta dari hospital dan PKD seluruh negeri Perak telah menghadiri kursus ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian kes-kes OSCC di kalangan pegawai perubatan dan paramedik di hospital-hospital negeri Perak dan PKD berkaitan. Kursus telah dirasmikan oleh Dr Fadzil Bin Mustapa Kamal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Hospital Teluk Intan. Barisan penceramah bagi kursus ini adalah seperti berikut: 1.Dr Samsu Ambia Bin Ismail, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan 2.Dr Aini Nabilah bt Abdul Raub, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Teluk Intan 3.Dr. Lim Xin Ying, Pakar Pediatrik, Hospital Teluk Intan 4.Dr. Alyza Bt Yusuf, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Teluk Intan 5.Puan Zamuna bt Mat Nor, Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Teluk Intan 6.Tn. Izzudin Fakri Hamdan, Timbalan Pendakwaraya, Jabatan Peguam Negara,
Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
7.En. Rainnie Bin Amisani, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang, Perak 8.ASP Siti Norasmindar Bt. Zaidi, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Hilir Perak Selain ceramah, forum perbincangan berkaitan masalah dan persoalan berkaitan OSCC kes turut diadakan, diikuti dengan sesi penerangan pengurusan spesimen dari pihak urusetia. Kerjasama daripada semua peserta sangat membanggakan. Terima kasih kepada semua penceramah, peserta dan urusetia kursus atas komitmen dan sumbangan mereka. |


