Kursus Pengukuhan Pasukan Bahagian Pengurusan Di INTURA 02 September 2024
Kursus Pengukuhan Pasukan Bahagian Pengurusan Di INTURA 02 September 2024
Seramai 40 peserta dari Bahagian Pengurusan (BP) Hospital Teluk Intan (HTI) telah mengikuti Kursus Pengukuhan Pasukan anjuran BPHTI dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA) di Kampus INTURA Sungai Petani. Kursus yang julung-julung kali diadakan ini telah telah diadakan pada 2 September 2024 sehingga 5 September 2024. Secara umumnya kursus ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga kerja di bawah BPHTI mengenai pengukuhan berpasukan membantu pegawai memahami kelebihan bekerjasama dalam organisasi serta meningkatkan semangat ukhwah di antara mereka. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan aktiviti latihan dalam kumpulan, abseiling, meneroka dunia gelap in-cube, kembara, eksplorasi gua, ikhtiar hidup dan permainan dalam pasukan telah diterapkan sepanjang empat hari berkursus oleh pasukan perunding dan jurulatih INTURA yang diketuai oleh Encik Ramzi Akmal Hassan. Terima kasih diucapkan kepada pihak INTURA dan diharap kerjasama ini akan diteruskan lagi bagi mengukuhkan aktiviti latihan dalam kalangan warga kerja HTI.