![]() |
|
KURSUS PENGURUSAN REKOD DI HOSPITAL TELUK INTAN Hospital Teluk Intan (HTI) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod bertempat di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan.Kursus ini disampaikan oleh Puan Shahida Binti Mohamad Salleh, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, dengan kehadiran seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada 65 kakitangan Hospital Teluk Intan dan lima kakitangan Hospital Tapah. Objektif utama kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan rekod yang betul, sistematik dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Program ini berjalan dengan lancar dan interaktif melalui penyampaian ceramah serta sesi soal jawab bersama peserta. Kursus ini berjaya mencapai matlamatnya apabila peserta menunjukkan penglibatan yang aktif dan memberikan maklum balas positif. Secara keseluruhan, kursus ini diharap dapat meningkatkan kesedaran serta keupayaan warga kerja hospital dalam mengurus rekod secara lebih teratur, efisien, dan profesional.
|



