
|
KURSUS SAFE SURGERY SAVES LIVES Kursus Safe Surgery Saves Lives (SSSL) yang julung kali diadakan di peringkat Kluster Perak Selatan telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Mei 2025, bertempat di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa SSSL Hospital Teluk Intan dan telah dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Teluk Intan, YBhg. Dr Khairul Baharin Bin Mohd Baharuddin, PMP. Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan jururawat dari: -Hospital Teluk Intan -Hospital Slim River -Hospital Tapah -Hospital Seri Manjung Kursus ini telah menampilkan barisan penceramah yang berpengalaman dan berwibawa iaitu: -Dr Zaleha Binti Mohd Nor Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Bahagian Perkembangan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia -Mr Azmi Bin Alias Pakar Perunding & Ketua Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur -Matron Noorliana Binti Noordin Penyelia Perawatan Perioperative & CSSU, Hospital Kuala Lumpur. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta. Diharapkan segala input yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam amalan klinikal seharian, demi meningkatkan tahap keselamatan pesakit secara menyeluruh. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa SSSL yang telah bertungkus-lumus menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang. |


