
|
Latihan Kebakaran dan Pengungsian bangunan telah diadakan pada 12.12.2024 bertempat di Jabatan Radiologi HTI. Terima kasih kepada pasukan ERT HTI, Pasukan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Ketua Penyelia En Zaki, Unit Keselamatan, Unit Kebakaran, Edgenta & seterusnya kesemua pihak yang terlibat semasa sesi latihan yang diadakan. Tahniah kepada Jabatan Radiologi kerana maklumbalas yang baik dari pihak Bomba dan Penyelamat. Latihan kali ini dibuat tanpa pemakluman awal. Semua yang diberikan peranan dalam Action Card melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan. Manakala teguran oleh Pasukan Bomba & Penyelamat pada sesi latihan kali ini akan ditambahbaik untuk keseluruhan HTI bagi rujukan pada masa akan datang. Tahniah, syabas dan terima kasih semua. |


