
|
Pada 20 Januari 2025 Unit Kejururawatan Hospital Teluk Intan menerima lawatan penyeliaan dari Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Lawatan terdiri daripada Matron Mary Chin - Ketua Penyelia Jururawat Negeri U48, Matron Chin Siew Koon - Penyelia Jururawat U42 , Matron Mayzuraliza Binti Ahmad Basah - Penyelia Jururawat U42, Matron Asnida Binti Ramli - Penyelia Jururawat U36, Matron Norliaton Binti Yusof Sany - Penyelia Jururawat U36. Aturcara dimulakan dengan doa, ucapan dan pembentangan aktiviti kejururawatan oleh Matron Azilah Binti Abdullah - KPJH, Hospital Teluk Intan seterusnya ucapan dari Matron Mary Chin. Usai ucapan, mereka memulakan lawatan ke Unit Kejururawatan, wad-wad, unit-unit, klinik-klinik pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Lawatan berakhir pada 1300H Pergulungan lawatan bermula 1415H dan berakhir pada 1600H. Terima kasih diucapkan kepada Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri atas tunjuk ajar dan panduan yang diberi. Dengan ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Unit Kejururawatan , Hospital Teluk Intan. |


