
|
Pada 1 November 2023, Hospital Teluk Intan telah menerima kunjungan daripada Rotary Club Teluk Intan yang diketuai oleh En Teoh Kwan Swee (District Governer) dan En Tan Aik Kian Aik Kian (Presiden Rotary Club Hilir Perak).
Kunjungan Persatuan ini telah disambut mesra oleh wakil HTI yang diketuai oleh Dr Mohd Faizal Bin Abu Talib (Timbalan Pengarah Perubatan 2) dan disertai oleh Ketua-ketua jabatan, Pakar Perubatan, Pegawai Audiologi, Matron hospital dan beberapa kakitangan dari HTI. Beberapa aktiviti telah dirancang oleh pihak HTI sebagai usaha meraikan kunjungan daripada Persatuan ini. Antaranya pembentangan ringkas oleh wakil perkhidmatan dan lawatan tapak ke Wad 3D (SCN), Unit Neonatal & Pediatric Retrieval dan NICU untuk melihat sendiri bagaimana perkhidmatan ini dijalankan keatas kesemua bayi yang baru lahir dan bayi-bayi yang memerlukan rawatan yang intensif.
Hasil kunjungan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan pihak Rotary Club Teluk Intan memberi jaminan akan terus memberi sokongan kepada perkhidmatan HTI demi kebajikan pesakit di daerah Hilir Perak dan sekitarnya.
|


