
|
YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Awam India dan Integrasi Nasional Perak telah menyempurnakan pelancaran kempen War On Sugar Peringkat Negeri Perak pada 19 November 2024 bertempat di Hospital Teluk Intan (HTI) . Turut bersama beliau dalam majlis pelancaran itu ialah Dr Feisul Idzwan B. Dato' Mustapha, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Dr Khairul Baharin B. Mohd Baharuddin, Pengarah Hospital Teluk Intan. Sebelum melancarkan program tersebut, beliau telah mengunjungi kafeteria HTI untuk melihat sendiri pelaksanaan program War On Sugar di HTI. Kempen ini penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pengambilan gula dalam makanan dan minuman jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes. |


